Thursday, 15 November 2012
Peribahasa
Bil.
|
Peribahasa
|
Maksudnya
|
1
|
Bagai air titik ke batu
|
Memberi nasihat dan ajaran
yang sia-sia
|
2
|
Bagai ayam dimakan tungau
|
Sangat gelisah
|
3
|
Bagai ayam disambar helang
|
Seseorang yang hilang secara
tiba-tiba
|
4
|
Bagai bunyi cempedak jatuh
|
Bunyi jatuh yang kuat
|
5
|
Bagai dihiris sembilu
|
Pedih sekali rasanya hati
|
6
|
Bagai duri dalam daging
|
Sesuatu hal yang selalu
terasa tidak menyenangkan hati
|
7
|
Bagai gagak menggonggong telur
|
Perempuan hodoh yang
berpakaian cantik
|
8
|
Bagai harimau beranak muda
|
Perempuan yang bengis
|
9
|
Bagai itik pulang petang
|
Orang yang berjalan lambat
|
10
|
Bagai keli kena ketuk
|
Bersungut-sungut dengan
tiada tentu hujung pangkalnya
|
11
|
Bagai lebah menghimpun madu
|
Orang yang sangat rajin
|
12
|
Bagai lesung dengan antan
|
Hubungan yang akrab dan
karib
|
13
|
Bagai pelita kehabisan minyak
|
Wajah yang hilang
keseriannya
|
14
|
Bagai pucuk pisang didiang
|
Lemah tidak berdaya
|
15
|
Bagai rasa batang pinang
|
Tubuh seseorang yang terlalu
dingin
|
16
|
Laksana barang yang disadur
|
Tidak tahan diuji
|
17
|
Laksana batik lasam
|
Benda yang semakin lama
digunakan semakin baik
|
18
|
Laksana bunga dedap, sungguh merah
tidak berbau
|
Orang yang elok rupa paras
tetapi tidak berbudi bahasa
|
19
|
Laksana buntal kembung, perut buncit
di dalamnya kosong
|
Orang yang tidak berpengetahuan,
hanya cakap yang besar
|
20
|
Laksana golok kayu, ditetak tidak
makan, dijual tidak laku
|
Seseorang yang mempunyai
ilmu yang sedikit
|
21
|
Laksana pohon kayu yang tidak berbuah
|
Ilmu yang tidak diamalkan
|
22
|
Seperti abu di atas tunggul
|
Kedudukan atau pekerjaan
yang tidak tetap, bila-bila masa saja dipecat.
|
23
|
Seperti air basuh tangan
|
Barang yang mudah diperoleh
kerana murah atau kerana sudah biasa
|
24
|
Seperti air dalam kolam
|
Orang yang tenang sikap dan
tingkah lakunya
|
25
|
Seperti embun di hujung rumput
|
Kasih sayang yang cepat
hilang
|
26
|
Seperti gunting makan di hujung
|
Membuat sesuatu dengan
diam-diam tetapi berhasil
|
27
|
Sesuatu yang amat disayangi
tetapi membawa keburukan
|
|
28
|
Umpama ayam menetas anak itik, anaknya
ke air juga
|
Perangai yang tidak dapat
diubah
|
29
|
Umpama bunga sedap dipakai, layu
dibuang
|
Kasih sayang yang sementara
|
30
|
Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk
baru dibaham
|
Tidak ada yang baik, yang
kurang baik pun diterima
|
Kata-kata Hikmat
Kata-kata Hikmat
|
Bahasa jiwa bangsa
·
Bahasa adalah lambang keperibadian sesuatu
masyarakat
|
Bahasa menunjukkan bangsa
·
Seseorang dapat mengetahui bangsa seseorang
melalui bahasanya
|
Bersekutu bertambah mutu
·
Kerjasama antara satu dengan yang lain
dalam melaksanakan sesuatu akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang
|
Bertangguh itu pencuri masa
·
Kerja yang bertangguh-tangguh akhirnya akan
merugikan diri sendiri
|
Hidup ini suatu perlumbaan
·
Dalam kehidupan sehari-hari, kita terpaksa
menghadapi pelbagai cabaran dan berlumba-lumba
|
Hilang bahasa, lenyaplah bangsa
·
Jika sesuatu bahasa pupus, maka bangsanya
akan pupus juga
|
Ilmu pelita hati
·
Ilmu pengetahuan dapat memberi petunjuk dan
panduan kepada kehidupan manusia
|
Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang
·
Kata-kata
yang pedas menyinggung malah menghiris perasaan orang lain
|
Membaca jambatan ilmu
·
Ilmu pengetahuan itu dapat ditingkatkan
melalui pengetahuan
|
Muafakat membawa berkat
·
Jika sesuatu tugas, keputusan, dan
pekerjaan dilakukan secara bersama-sama atau sepakat, akhirnya akan menghasilkan
kejayaan yang lebih baik
|
Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat
·
Dengan kesihatan yang baik, seseorang itu
mampu mengemukakan idea yang bernas
|
Sabar itu separuh daripada iman
·
Keimanan seseorang itu dapat dilihat
daripada sikap sabarnya, jadi kita dituntut bersabar
|
Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat ( akhir hayat )
·
Kita dituntut agar menuntut ilmu tidak kira
di mana-mana dan pada bila-bila masa kerana bidang ilmu sungguh luas dan
tidak terkira banyaknya. Di samping itu menuntut ilmu juga merupakan satu
ibadah
|
Subscribe to:
Posts (Atom)