Thursday 15 November 2012

karangan

naqk buat karangan

Peribahasa

Bil.
Peribahasa
Maksudnya
1
Bagai air titik ke batu
Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia
2
Bagai ayam dimakan tungau
Sangat gelisah
3
Bagai ayam disambar helang
Seseorang yang hilang secara tiba-tiba
4
Bagai bunyi cempedak jatuh
Bunyi jatuh yang kuat
5
Bagai dihiris sembilu
Pedih sekali rasanya hati
6
Bagai duri dalam daging
Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati
7
Bagai gagak menggonggong telur
Perempuan hodoh yang berpakaian cantik
8
Bagai harimau beranak muda
Perempuan yang bengis
9
Bagai itik pulang petang
Orang yang berjalan lambat
10
Bagai keli kena ketuk
Bersungut-sungut dengan tiada tentu hujung pangkalnya
11
Bagai lebah menghimpun madu
Orang yang sangat rajin
12
Bagai lesung dengan antan
Hubungan yang akrab dan karib
13
Bagai pelita kehabisan minyak
Wajah yang hilang keseriannya
14
Bagai pucuk pisang didiang
Lemah tidak berdaya
15
Bagai rasa batang pinang
Tubuh seseorang yang terlalu dingin
16
Laksana barang yang disadur
Tidak tahan diuji
17
Laksana batik lasam
Benda yang semakin lama digunakan semakin baik
18
Laksana bunga dedap, sungguh merah tidak berbau
Orang yang elok rupa paras tetapi tidak berbudi bahasa
19
Laksana buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong
Orang yang tidak berpengetahuan, hanya cakap yang besar
20
Laksana golok kayu, ditetak tidak makan, dijual tidak laku
Seseorang yang mempunyai ilmu yang sedikit
21
Laksana pohon kayu yang tidak berbuah
Ilmu yang tidak diamalkan
22
Seperti abu di atas tunggul
Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, bila-bila masa saja dipecat.
23
Seperti air basuh tangan
Barang yang mudah diperoleh kerana murah atau kerana sudah biasa
24
Seperti air dalam kolam
Orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya
25
Seperti embun di hujung rumput
Kasih sayang yang cepat hilang
26
Seperti gunting makan di hujung
Membuat sesuatu dengan diam-diam tetapi berhasil
27
Umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
Sesuatu yang amat disayangi tetapi membawa keburukan
28
Umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga
Perangai yang tidak dapat diubah
29
Umpama bunga sedap dipakai, layu dibuang
Kasih sayang yang sementara
30
Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham
Tidak ada yang baik, yang kurang baik pun diterima

Kata-kata Hikmat

Kata-kata Hikmat
Bahasa jiwa bangsa
·           Bahasa adalah lambang keperibadian sesuatu masyarakat

Bahasa menunjukkan bangsa
·           Seseorang dapat mengetahui bangsa seseorang melalui bahasanya

Bersekutu bertambah mutu
·           Kerjasama antara satu dengan yang lain dalam melaksanakan sesuatu akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang

Bertangguh itu pencuri masa
·           Kerja yang bertangguh-tangguh akhirnya akan merugikan diri sendiri

Hidup ini suatu perlumbaan
·           Dalam kehidupan sehari-hari, kita terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan berlumba-lumba

Hilang bahasa, lenyaplah bangsa
·           Jika sesuatu bahasa pupus, maka bangsanya akan pupus juga

Ilmu pelita hati
·           Ilmu pengetahuan dapat memberi petunjuk dan panduan kepada kehidupan manusia

Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang
·           Kata-kata yang pedas menyinggung malah menghiris perasaan orang lain

Membaca jambatan ilmu
·           Ilmu pengetahuan itu dapat ditingkatkan melalui pengetahuan

Muafakat membawa berkat
·           Jika sesuatu tugas, keputusan, dan pekerjaan dilakukan secara bersama-sama atau sepakat, akhirnya akan menghasilkan kejayaan yang lebih baik

Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat
·           Dengan kesihatan yang baik, seseorang itu mampu mengemukakan idea yang bernas

Sabar itu separuh daripada iman
·           Keimanan seseorang itu dapat dilihat daripada sikap sabarnya, jadi kita dituntut bersabar

Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat ( akhir hayat )
·           Kita dituntut agar menuntut ilmu tidak kira di mana-mana dan pada bila-bila masa kerana bidang ilmu sungguh luas dan tidak terkira banyaknya. Di samping itu menuntut ilmu juga merupakan satu ibadah