Bank Soalan



Kata Ganti Diri

A. Tuliskan jawapan yang betul.

   mereka  beliau       saya     dia  kita.

1. ______________ merupakan seorang doktor yang baik hati dan sering membantu pesakit yang miskin
             

2. Jamil seorang murid yang rajin .  ______________ sering membantu ayahnya di kebun.

3. Amin dan Umar selalu pergi ke sekolah bersama-sama. ______________ berkawan sejak kecil lagi.

4. ______________ sayang akan ibu dan bapa saya.

5. Marilah _____________ pergi melawat Zoo Taiping bersama-sama.

Contoh soalan peribahasa


Pilih peribahasa yang sesuai bagi penyataan yang diberikan
1.     Nordin tercengang-cengang semasa tiba di Kuala Lumpur
A.   Seperti kerbau dicucuk hidung
B.    Bagai kucing kehilangan anak
C.    Seperti ayam berak kapur
D.   Seperti rusa masuk kampung

2.    Walaupun dileteri, Kwai Ying tetap enggan melakukan kerja yang disuruh ibunya.
A.   Seperti kambing dihalau ke air
B.    Seperi ikan dalam belat
C.    Bagai anjing buruk kepala
D.   Bagai ayam lepas bertaji

3.    Selepas berpindah, Zaleha tidak didengar khabarnya lagi
A.   Bagai telur di hujung tanduk
B.    Bagai aur di atas bukit
C.    Seperti batu jatuh ke lubuk
D.   Seperti wau putus tali

4.    Sikap dan rupa antara Azmi dengan Azlan sangat berbeza.
A.   Bagai langit dengan bumi
B.    Bagai aur dengan tebing
C.    Seperti bulan dengan matahari
D.   Seperti anjing dengan kucing

5.    Aminah mempunyai kelulusan daripada luar negeri tetapi dia tidak mahu bekerja.
A.   Bagai lebah menghimpun madu
B.    Laksana pohon kayu tidak berbuah
C.    Laksana batik lasam
D.   Bagai lesung dengan antan

6.    Jamil dalam dilema. Dia mungkin akan dibuang kerja bila-bila masa sahaja kerana dia merupakan pekerja sementara di syarikat itu.
A.   Seperti abu di atas tunggul
B.    Seperti air basuh tangan
C.    Seperti embun di hujung rumput
D.   Seperti anjing menyalak bukit



Contoh Soalan Objektif Aras Taksolomi Bloom

a)    Aras Pengetahuan

1.    Apakah maksud ‘ tohor ‘
A.    Dalam
B.    Cetek
C.   Jernih
D.   Keruh

2.    Rajan gagal mendapatkan 5A dalam peperiksaan UPSR. Perkataan berlawan bagi gagal
A.    Johan
B.    Kecewa
C.   Berjaya
D.   Tewas

3.    _____________ merupakan sejenis binatang yang rajin bekerja dan tidak pernah mengenal erti mengalah
A.    Kunang-kunang
B.    Jentik-jentik
C.   Rama-rama
D.   Anai-anai

4.    Maksud simpulan bahasa ‘ kaki bangku ‘ ialah
A.    Tidak mempunyai kaki
B.    Suka mengejek orang
C.   Tidak pandai bermain bola
D.   Membuat kerja sambil lewa


a)    Aras Kefahaman

1.    Terangkan maksud peribahasa di bawah ini
“ Seperti Anai-anai makan kayu ”
A.    Membuat sesuatu kerja sambil lewa
B.    Orang yang suka makan banyak
C.   Membuat sesuatu kerja dengan tekun
D.   Membuat dua kerja dalam satu masa

2.    Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah
“ Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit ”
A.    Ke manakah Fahrin pergi?
B.    Apakah tujuna Fahrin pergi ke hospital?
C.   Siapakah yang pergi ke hospital?
D.   Fahrin berada di hospital?

3.    Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi
“ Latihan tarian singa terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat ”
A.    Disebabkan hujan lebat, latihan tarian singa terpaksa dibatalkan.
B.    Latihan tarian singa dibatalkan menyebabkan hujan turun dengan lebatnya.
C.   Hujan yang turun dengan lebat terpaksa dibatalkan tarian singa itu.
D.   Hujan lebat terpaksa membatalkan latihan tarian singa itu.

4.    Nyatakan maksud peribahasa di bawah ini
“ Bagai pinang di belah dua ”
A.    Pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan.
B.    Buah yang telah di belah dua dan manis isinya
C.   Persahabatan yang sangat akrab
D.   Mencari rezeki yang halal.



a)    Aras Aplikasi

1.    Namakan permainan tradisional dibawah ini berdasarkan penyataan yang diberi

Menggunakan lima biji objek kecil (disebut buah) seperti guli kaca, biji getah, dan batu kerikil.Melibatkan perbuatan melambungkan buah ke udara sambil mengutip buah di lantai.

A.    Congkak
B.    Ting ting
C.   Batu seremban
D.   Sepak raga

2.    Saravanan terpaksa bercakap dengan kuat kerana Pak Mat tidak boleh mendengar dengan jelas. Apakah simpulan bahasa yang sesuai dengan penyataan di atas.
A.    Telinga kuali
B.    Telinga nipis
C.   Telinga lintah
D.   Telinga kuali

3.    Pilih ayat-ayat yang betul
I.              Adik saya suka makan goreng mi.
II.            Semua rama-rama di taman itu cantik
III.           Saya cinta ibu dan bapa saya.
IV.          Jika hujan, perlawanan itu terpaksa dibatalkan.

A.    I dan II
B.    II dan III
C.   II dan IV
D.   II, III dan IV

 4.    Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan

Majalah Kepenggunaan itu dibaca oleh ayah
A.    Ayah membaca Majalah Kepenggunaan itu.
B.    Ayah membeli Majalah Kepenggunaan itu.
C.   Ayah akan membaca Majalah Kepenggunaan itu.
D.   Ayah belum membeli Majalah Kepenggunaan itu.




2 comments:

  1. trimas,solan ni banyak membantu saye...
    TERBAIK

    ReplyDelete
  2. Soalan-soalan ini banyak membantu saya.... terima kasih

    ReplyDelete