Kata-kata Hikmat
|
Bahasa jiwa bangsa
·
Bahasa adalah lambang keperibadian sesuatu
masyarakat
|
Bahasa menunjukkan bangsa
·
Seseorang dapat mengetahui bangsa seseorang
melalui bahasanya
|
Bersekutu bertambah mutu
·
Kerjasama antara satu dengan yang lain
dalam melaksanakan sesuatu akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang
|
Bertangguh itu pencuri masa
·
Kerja yang bertangguh-tangguh akhirnya akan
merugikan diri sendiri
|
Hidup ini suatu perlumbaan
·
Dalam kehidupan sehari-hari, kita terpaksa
menghadapi pelbagai cabaran dan berlumba-lumba
|
Hilang bahasa, lenyaplah bangsa
·
Jika sesuatu bahasa pupus, maka bangsanya
akan pupus juga
|
Ilmu pelita hati
·
Ilmu pengetahuan dapat memberi petunjuk dan
panduan kepada kehidupan manusia
|
Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang
·
Kata-kata
yang pedas menyinggung malah menghiris perasaan orang lain
|
Membaca jambatan ilmu
·
Ilmu pengetahuan itu dapat ditingkatkan
melalui pengetahuan
|
Muafakat membawa berkat
·
Jika sesuatu tugas, keputusan, dan
pekerjaan dilakukan secara bersama-sama atau sepakat, akhirnya akan menghasilkan
kejayaan yang lebih baik
|
Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat
·
Dengan kesihatan yang baik, seseorang itu
mampu mengemukakan idea yang bernas
|
Sabar itu separuh daripada iman
·
Keimanan seseorang itu dapat dilihat
daripada sikap sabarnya, jadi kita dituntut bersabar
|
Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat ( akhir hayat )
·
Kita dituntut agar menuntut ilmu tidak kira
di mana-mana dan pada bila-bila masa kerana bidang ilmu sungguh luas dan
tidak terkira banyaknya. Di samping itu menuntut ilmu juga merupakan satu
ibadah
|
Thursday, 15 November 2012
Kata-kata Hikmat
Labels:
Kata-Kata Hikmat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment